Monday 9 October 2017

Ilmu dan pengalaman baru.

Salam dan selamat malam semua. Lama rasanya tak update di sini. Ya, terlalu banyak perkara dan perubahan yang berlaku dalam hidup..alhamdulillah semakin tenang..

Untuk pengetahuan, genap sebulan saya meninggalkan Food Institute of Malaysia sebagai tempat kerja pertama dan yang paling lama iaitu 8 tahun 4 bulan.. Alhamdulillah, saya tidak menyesal dengan segala yang berlaku kerana saya yakin dan pasti, sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita, hambaNya.

Saya meninggalkan FIM sepatutnya pada 8 September 2017 lepas. Tapi saya menyelesaikan semua urusan clearance pada hari Ahad 10 Sept. Berikutnya pada 11 Sept saya masuk kerja di tempat baru iaitu Imperia Asia Resources Sdn. Bhd. (Tawaran kerja yang ke-4) bertempat di Klang sebagai Telemarketing Executive. Sayangnya saya cuma bertahan 2 hari bekerja kerana rasa merasakan pekerjaan ini tidak sesuai dengan jiwa saya.

Di Imperia Asia, saya berkenalan dengan beberapa staf yang jauh lebih muda daripada saya. Salah seorangnya merupakan kakak kepada bekas pelajar saya..hihi. Mereka masing2 telah menghantar notis berhenti juga rupanya. Jadinya sebelum mereka berhenti, saya terlebih dulu meninggalkan tempat itu!

Seterusnya saya mendapat semula tawaran kerja di kedai menjual barangan ibu dan bayi, Mama's Love Baby shop Puncak Alam . Pada awalnya, inilah kerja pertama yang saya dapat hasil usaha saya mencari pekerjaan dengan bersungguh pada penghujung Julai 2017. Tempatnya terletak tak jauh dari rumah, memakan masa hanya 3-4 minit dari rumah menaiki kereta. Saya mula bekerja pada 25 Sept.

Sejujurnya saya suka bekerja di Mama's Love Baby shop cumanya waktu kerja yang melibatkan shift, bekerja hingga malam dan hujung minggu, membuatkan saya sedikit terganggu. Sebabnya pada masa yang sama saya tetap menjalankan perniagaan yang saya telah mulakan sejak tahun lepas tapi tertangguh kerana kesibukan saya sebagai pensyarah dan AJK peperiksaan di FIM. 

Di Mama's Love saya berkesempatan menimba ilmu dan pengalaman baru tentang produk2 penjagaan ibu dan bayi. Sungguh menyeronokkan dan cepat juga saya kena belajar terutamanya dalam menangani dan melayan pelanggan di samping membantu mereka menyelesaikan masalah yang ada berkaitan ibu2 dan bayi2. Rakan2 sekerja yang baik dan cepat mesra pun sangat membantu dalam proses mengenali produk2 yang dijual di situ.

Saya akui saya tidak sabar untuk terus bekerja. Saya bercuti hanya seketika, dapat balik kampung di Pulau Pinang pada 22-24 Sept, bersama mak ayah dan suami jalan2 di Pulau Aman. Saya rasa saya tak habis fikir dan tak fikir betul2 apa yang saya nak buat sebenarnya! Hahahahaha

Sebenarnya saya mendapat tawaran mengajar secara separuh masa di FIM tapi saya menolak di awalnya kerana saya sudah mendapat tawaran kerja yang lain (Mama's Love Baby shop, syarikat percetakan dalam UiTM Puncak Alam, guru tabika di Puncak Alam dan Imperia Asia Resources Sdn. Bhd.). Tapi saya telah menerima semula tawaran tersebut setelah saya merasakan yang saya sesuai bekerja separuh masa je sambil menjalankan perniagaan saya mengikut masa dan cara saya sendiri. InshaAllah saya akan menggantikan sementara kekosongan yang ada sehingga FIM menemukan calon yang sesuai untuk subjek yang saya ajar setelah lebih 8 tahun tu.

Saya bersyukur sangat kepada Allah atas segala nikmat dan ujianNya kepada saya selama ini. Sungguh, tiada penyesalan dalam hati dan diri malah rasa tenang dan gembira dengan keputusan yang saya buat ini (Setelah setahun berfikir untuk membuat perubahan yang besar dalam hidup iaitu BERMULA SEMULA DARI BAWAH @ 0. )

Mudah-mudahan saya berjaya merealisasikan impian saya selepas ini dengan perancangan yang lebih teliti dan teratur. Paling penting saya sangat mengharapkan agar segala yang saya lakukan dalam hidup ini, direstui mak ayah dan terutama sekali, DIBERKATI ALLAH SWT. Amin.







Thursday 5 January 2017

Selamat Tahun Baru 2017!

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, Allah masih berikan peluang untuk menikmati kehidupan ini sehingga sekarang. Rasa seperti ingin aktif menulis semula di sini. Moga diizinkan..

Saya bercadang nak update aktiviti atau maklumat penting yang saya lalui setiap hari supaya saya mampu ingat dan kenang suatu hari nanti.

30 Disember 2016 (Jumaat)

Saya dan suami saya balik kampung suami di Dungun. Kebiasaannya kami tak balik dungun hujung tahun sebab banjir. Tapi kali ni lambat banjir tiba. Lebih kurang pukul 5.30 pagi kami baru bertolak.

31 Disember 2016 (Sabtu)

Pada pukul 9.54 pagi kami sampai kampung. Dari Kuantan sampai ke kampung, hujan lebat tak berhenti. Sebelah malamnya kami sekeluarga dinner di CVU ipata Steamboat kat Kuala Terengganu. Mujur masa tu hujan dah berhenti. Tempat makan ni tepi pantai dan meja kerusinya berbentuk pondok buluh. Bagi saya ok la tempat ni cuma kurang selesa kalau nak dibandingkan dengan kedai makan yang dalam bangunan tu. Kurang selesa tu sebab jarak meja dengan tempat makanan sedikit jauh, berlecak (lepas hujan) dan agak sempit. Bekas yang disediakan untuk makan cuma bekas polistren yang biasanya orang jual rojak buah tu. Tak puas nak hirup sup.

1 Januari 2017 (Ahad)

Pagi sampai tengah hari kami habiskan masa di rumah je. Petang sikit baru kami berkelah kat Kuala Dungun, makan bekal makanan yang dibawa dari rumah. Masa kami baru nak start makan, hujan turun agak lebat jugak la tapi tak jejaskan mood makan kami..hihi

Balik dari berkelah kami singgah melawat sedara suami yang dikenali dengan Ayah Su dan Cik Su.

2 Januari 2017 (Isnin)

Kami keluar ke pasar Dungun nak beli keropok2 yang dipesan. Sebelum tu kami singgah makan dulu berdekatan balai bomba dan pasar. Beli ketam, sotong dan ikan baung.

Balik rumah sempat lagi masak2, makan sebelum kemas barang nak balik Puncak Alam. Seperti biasa, mesti singgah melawat Tokyah dulu, jiran dan sedara depan rumah.

Kami keluar dari rumah je pukul 6ptg, tapi menyinggah kedai Cik Ngah, Cik Chik dan last sekali rumah Cik Ngah..lepas solat jamak maghrib dan isyak baru gerak..hihi. Lebih kurang pukul 8.10 camtu baru bertolak balik. 

Mujur jugak jalan tak jem so kami sampai rumah dalam pukul 12 malam.

3 Januari 2017 (Selasa)

Saya cuti la memandangkan bos dah luluskan cuti. Tapi bukan cuti saja, kalut siapkan result student..huhu..Suami saya je kerja.

4 Januari 2017 (Rabu)

Saya dah masuk kerja macam biasa..hihi

Ok la, setakat ni je cerita skema saya. Nanti sambung lagi!