Tuesday 1 November 2016

Hidup Baru

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Apa khabar?

Amboi..lama sungguh la kami tak tuleh apa2 aih kat sini. Nak kata sebok tu sebok jugakla. Tapi hat betoinya sebab malaih dan takdak idea.

Tujuan menuleh malam2 ni sebenaqnya nak habaq mai..kami dah buat keputusan betoi2 punya semalam..pasai nak benti keja. Awat hangpa tanya? Jawabnya senang ja..kami nak try la cari pengalaman keja kat tempat lain lak. Mana tau kot2 dapat gaji lagi banyak memandangkan la ni gaji gitu2 jela. Tak padan ngan harga minyak petrol dan minyak masak yang baru naik semalam ni!

Kalau bolehnya nak la jugak dapat keja yang lebih dekat ngan umah. Jimat minyak keta kan. Nak kurangkan stress hadap jalan yang semakin sesak pi balik keja, bebanan keja yang tak menang tangan dek oi nak buat..abis terjejas segala kualiti keja. Ada gak rasa yang diri ini masih tak layak berada di tahap ini sebagai pensyarah yang mendidik anak bangsa..Terasa diri dah tak efisyen,,sedih!

Hangpa tolong la noh..doa2 untuk kami. Mana tau doa hangpa mustajab..Allah makbulkan..amin. Sabtu ni konvo FIM yang ke-14. Would be my last year I've been there..with an awesome team for FIM's convo..maybe..

All the memories.....too much..hanya mampu dikenang ja la lepaih ni. No more tears, hurts and regrets maybe. I hope so..I do love and appreciate my memories in FIM..walaupun banyak jugak duka daripada sukanya. mungkin sebab masa dan keadaan yang berubah..buat kita berubah sama dari segi fizikal dan mental.

Tiada penyesalan sebenarnya. Cuma yang ada rasa berat hati dan sedih..bila nak tinggalkan kesemuanya yang telah dibina dan ditempuh hampir 8 tahun! Bukan masa yang singkat la noh...
kena beqani mencuba sesuatu yang baru dan keluar dari zon selesa! 

Semoga Allah mudahkan usaha dan perjalanan hidupku..inshaAllah. amin ya rabbal 'alamin.


1 comment:

Saya Disini said...

nak benti ke..keje mana pulak