Monday 23 December 2013

Alhamdulillah..semoga bahagia :)

Salam. Arini sy nk update ttg majlis perkahwinan kwn sy yg berlangsung smlm di rumhnya di Kedah. Walaupun sy xdpt mghadirinya dsbbkn sy xblk kg, tp sy msh berpeluang melihat gmbr perkahwinannya di facebook.

Kwn sy tu sbnrnya nm dia kn, Mohd Zulhaimi b. Mohd Sanusi. Isterinya pula bernama Muniroh bt. Musa. Sblm ni sy xprnh pn tulis nm penuhnya, tp sy gelar dia dgn panggilan Z je dlm post2 yg lps.

Kalo tgk gmbr kt bwh tu, baju warna biru tu ms majlis sblh perempuan hr Sabtu manakala bju yg warna putih tu ms kenduri sblh majlis lelaki smlm. Xnk byk cerita, sy cm nk ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepadanya dan isteri. Semoga perkahwinan diorg kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat..amin :)


sama cantik sama padan :)

Friday 13 December 2013

Yeay, sy dh tembam!

Salam..

Sy sbnrnya baru perasan gmbr utk profile sy kt blog ni xprnh ditukar walaupn sekali! So, arini sy trpksa tukar ats sbb xnk rasa perasan diri kurus..huhu.

Sbnrnya kblkgn ni berat bdn sy makin menjadi2 naiknya. Tgu dl, jgn slh phm yer..bkn sbb pregnant tp sbb mkn byk. Ckp psl pregnant, tu adlh impian semua prmpuan y dh brkawen trmasuk la sy. Cumanya rezeki utk memiliki ank sendiri belum ada lg. Sy redha sbb sy yakin n percaya, perancangan Allah adlh lebih baik. Dia lbh tahu apa yg terbaik utk kita. Jd apa yg sy mampu buat adlh byk2 brsbr..inshaAllah mgkin xlm lg ada la rezeki tu kn.. (nk sedapkn hati xpe kn?)

Hmm, ckp psl brt bdn yg makin brtmbh ni kn, yg buat sy agk trtekan adlh krn dh byk sgt baju2 sy yg dh xmuat. Mmg sedih ler, tp nk wat cmne, sape suruh xjaga mkn kn..hehe. Yelah, setiap hari msk mkn mlm utk suami, xkn la kita ni tgk je. Mesti la terliur nk mkn sm. Tp yg xbestnya sy yg selalu abiskn mknn tu jd sy la yg semakin gemuk! Huhu. 

Cer tgk profile pic sy, kn dh tembam tu? Kira gmbr terbaru gk la tu, bulan lps pny. Skrg ni nk upload gmbr kt fb pn da segan. Dh la kena tegur dgn student..adoyai makin segan rasanya..bl ditegur dh berisi.. Insha Allah sy nk kurangkn berat bdn pasni. Hrpnya sy blh elakkn dr mkn berat waktu mlm..semoga dipermudahkn Allah.. amin.



Thursday 12 December 2013

Walau jauh di mata tp ttp dkt di hati

Tak dapat melihat bukan bererti buta,
Tak dapat mendengar bukan bererti pekak,
Tak dapat berkata2 bukan bererti bisu,
Tak dapat merasai bukan bererti tiada hati jua perasaan...

Lalu, apa pula hakikat buta, pekak dan bisu yg sbnrnya?

Walau tak dapat melihat, bayangannya sentiasa berada di minda
Walau tak dapat mendengar, suaranya ttp terngiang2 di telinga
Walau tak dpt brkata2, tp hati msh mampu berbicara...



Masa yg telah pun berlalu, mmg xdpt dikembalikan semula. Kita hny mampu mengimbau dan mengimbas semula semua kenangan2 yg pernah ada di masa lalu. Dlm byk2 kngn yg ada, sudah pasti kita xkn prnh melupakan org2 penting yg pernah hadir dlm prjlnn hdp kita dl. Utk melupakn mmg xmgkin, hny mmpu mbiarkn ianya berlegar2 di minda dan fikiran...




Friday 6 December 2013

Knowing..

Knowing..satu tajuk bg filem menarik yg sy tonton di tv9 pd hari Sabtu lps. Sgt mengagumkan dr jalan ceritanya, lakonan pelakon2 hebat Hollywood (watak utama dilakonkan oleh Nicolas Cage), babak2 dlm cerita yg sgt real n kreatif! 

Ringkasannya filem ini mengenai satu ramalan bernombor ttg apa yg akan berlaku pd 50 thn akn dtg. Kejadian yg berlaku dlm tempoh 50thn itu berkaitan dgn bencana2 ditulis dgn tepat dr segi tarikh, bilangan yg terkorban dan lokasi kejadian oleh seorang kanak2 yg bernama Lucinda pd tahun 1959. 

Ramalan itu diketahui pd tahun 2009, iaitu 50 thn slps ianya ditulis dan dikeluarkan dr simpanan dlm kapsul masa. Utk membaca sinopsis penuh bg filem ni, sila klik link ni.

Poster filem

Watak kanak2 dlm filem


Mesej ramalan bernombor yg ditulis 


Friday 15 November 2013

Apa Saja FBI

Salam..

Arini merupakan hari terakhir FBI di Hot fm Am Krew.. Walaupun dia xkenal sy, tp sbg pendengar setia Hot Fm, sy sgt meminati gabungan FBI bersama Farah Fauzana & Ag setiap pagi di Hot fm. Kalo peminat pn terasa kehilangannya nti, apetah lg rakan2 setugasnya di konti. Mesti lg sedih kn? Tp xpe, kt luar konti diorg msh boleh berjumpa lg n tetap berkawan..

Pd 24 Oktober y lalu, rasanya semua pendengar Hot fm mmg terkejut dgn kenyataan FBI ttg perletakan jwtnnya di Hot fm. Pd mulanya ramai juga y igt dia main2 tp rupa2nya betul. Seigt sy, time isu tu Farah Fauzana sdg bercuti. Mst dia terkejut kn dgr isu tu..

Mengenali FBI, sbnrnya sy knl dia sbb dia menang byk kali anugerah penyampai radio selain Fafau. Dari situ sy cuba menagmbil tahu knp dia femes sgt. Bila sy dgr Hot fm pg2, baru la sy tau knp dia femes..hehe. Sy sgt suka bila dgr diorg buat panggilan hangit n top5. Mmg kelakar btol la!

Ape2pun sy ttp meminati Hot fm biarpun pasni FBI dh tinggalkn Hot fm. Semoga FBI terus berjaya dlm bidang y diceburinya pasni n xlupakan kngn serta rakan2 seperjuangannya..inshaAllah.


Wednesday 13 November 2013

Kereta lagi?

Salam..

Arini cuma nak update pasal kereta 'baru' y husband sy bwk balik semalam. Sebetulnya kereta tu dia ambil dr kwn sekerjanya y baru je beli kereta baru. Tp bukan la dpt free pn, cuma sambung bayar sampai abis selama lebih kurang setahun 2 bulan je lg. Kereta y dikenali sebg kereta 'kebal' tu adalah kereta Proton Saga model lama (xbelek lak model ape). Kwn hsbnd br je beli kereta Exora. Maklum ler, ahli keluarganya bertambh rmai so kena la tukar kenderaan y lebih besar. 

Tujuan hsbnd sy ambil kereta tu sbnrnya adlh utk kegunaan keluarganya di kampung. Dl cdgnya nk beli van supaya mak dia kt kg blh wat berniaga tp xjd sbbnya adk2 d kg cuma ada lesen motor je. So kali ni dia dptkn kereta tu mmg nk bg kt adk2 bila dh dpt lesen kereta nti. Kbrnya adik dia Ira, nk ambil lesen kereta awl thn dpn.

Xlm lg kereta Kancil akn dihantar blk Penang. Rs syg lak nk berpisah dgnnya..huhu. Kereta Saga tu buat ms ni hsbnd sy bwk ulang alik g keje je. Kmi xkisah sgt sbnrnya kereta apa, y penting blh membantu memudahkn kami nk ulang alik g keje. Alhamdulillah, sy bersyukur dgn apa y ada. Apa y kmi dpt skrg ni dh lebih dr cukup..Moga Allah murahkan rezeki kita inshaAllah.

Monday 11 November 2013

Akhirnya..smp juga jodohnya :)

Salam. Alhamdulillah, rasa excited pulak dgr perkhbrn gembira dr sorg kwn sy ni.. Rasa mcm seorg y penyibuk lak kn sy ni? Hahaha. Xkisahlah org nk pgl apepun, y penting sy mmg suka dgn berita gembira y sy dgr ni. Alkisahnya kwn sy ni msj sy kt fb hr Jumaat lps. Tujuannya utk menjemput sy ke majlis prkhwinannya y akn diadakan pd 22 Disember 2013 nti.(Ceritanya ada ckt dgmbrkn dlm post2 y lps. Slh satunya dlm post y bertajuk Tumpang Gembira. Kalo nk tahu lebih lanjut blh la klik d sini.)

Knp sy kata sy penyibuk? Sbbnya dr sblm sy kawen lg sy cbuk je mengusik dia bila la nk kawen. Maklum ler org hensem xkn ler xd calon pulak kn. Tp mmg kenyataannya dia belum ada calon lg time tu. Sy usik dia sbb time tu sepupu dia (rakan sekelas ms sekolah teknik dl) baru kawen. Npk x betapa penyibuknya sy ni kn..tp bukan ngn dia je, ngn kwn2 lain pn kalo bab2 mengusik ni mmg laju je sy. Hahaha.

Seingat sy la kn, xlm lps sy kawen aritu, dia gtau sy y dia br bertunang n akn kawen dlm thn ni juga. Itula sbbnya sy tulis post ni dgn tjuk 'Akhirnya....' br fhm kn? Mcm komen sy sebelum ni, sy sgt suka ngn cerita dia ni sbb jodohnya adlh pilihan keluarga. Jrg kn kita nk jmp situasi cmtu zmn skrg y serba moden n canggih ni. Pulak tu dia lelaki y berkerjaya n ada rupa paras y menarik. Sblm ni pernah juga sy npk gmbr tunang dia kt fb, mmg comel . Sgt sesuai n sepadan dgnnya.

Sy belum tahu lg dpt g ke x kendurinya nanti. Kalo xdpt g, sy doakan dr jauh pn xpe je kn? Kpd dia, sy ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat n bhgia selalu :)

Wednesday 6 November 2013

Aktiviti di bulan November

Salam..

Br brksmptn nk rht rasanya..smlm sy ngn suami br blk dr Tganu.. Kmi blk Sabtu lps lbh krg dlm pukul 9.30mlm n smp Dungun dlm pukul 2.30 pg. Tujuan kmi blk kg sbnrnya sbb nk menjemput sedara mara ke kenduri adik ipar sy, Ayu pd 23hb ni n bwk blk brg hantaran Ayu. Agk pnt rasanya sekembalinya dr kg, dtg ofis pn rs ngntuk n penat lum hlg lg. 

Alang2 update blog ni, rasanya sy nk citer la ckt aktiviti2 y akn kmi buat spjg bulan ni.. Sabtu ni sy keje separuh hari, lps tu sy ngn suami plan nk g menjemput sedara y tgl kt Bukit Jalil. Sabtu minggu dpn 16hb, kmi akn blk kg, Penang utk mghadiri majlis konvokesyen Wani. 

Kmi ambil cuti pd 21 n 22hb utk blk kg Tganu utk kenduri kawen Ayu. Kenduri sblh laki lak pd 28hb hr Khamis. Pd mulanya rs xnk join sbb risaukn kje n kelas, tp mcm nk ikut jgk je rasa sbb suami n keluarga suami semua nk g. Nti br apply cuti, hrp2nya dpt ler coz nk mtk cuti 1 hari je.

Minggu ni je mmg byk ler berabis duit. Mn xnya, blk kg smp 4 kali (sebelum ni sebulan sekali je biasanya), byr duit kereta Myvi, roadtax kereta Kancil n Persona. Nti mertua n adk2 ipar nk stay bbrpa hari dl kt cni sblm n slps kenduri. Hrpnya duit msh cukup utk sebulan ni..hehe.

Minggu ni kt tmpt kje mmg cbuk jgk ler, time siapkn result ni. Maknanya dok mengadap kertas2 peperiksaan y perlu ditanda smp muntah! Minggu lps exam utk long sem, minggu dpn lak exm short sem..Mmg haru biru ckt hidup time2 cmni. Setiap 2bulan sekali mgadap benda2 ni, dh naik layu dh mata menanda..hehe.

Selalu kalo mengajar student intake Mei n Julai serentak (long sem+short sem) mmg gila la kepala otak ni dibuatnya. Sbbnya student utk 2 intake tu plg ramai. Kalo dl ramainya diorg lbh krg 80-100 tp skrg dh mencecah 200 org! Agk gila ckt la kalo tempuh sorg2..huhu.

Apa2pun sy sentiasa mengamalkan konsep 'Layan Jelah' coz sy bukannya robot. Buat setakat y larat n mampu je. Agk2 xmampu br sy gtau ketua nk hntr result lmbt ckt or ada mslh mende. Sempoi gile kn cara keje sy? Ala, dh lbh 4 thn kot kje cni..dh phm sgt selok belok kt cni..so pandai2 la cari jln cmne nk handle mslh2 y ada. Ye x? (kerek giler kn..hehe)

Ok la, nti smbg lg. Wslm.



Monday 28 October 2013

Shopping di Nilai

Salam..

Hjg minggu sy je mst penuh ngn aktiviti..biarpun xjln2 merata tp mst terisi dgn sesuatu. Sabtu lps keluarga sy dtg dr Penang. Sbbnya nk bersama2 mghadiri majlis y dibuat kmbr sy sempena masuk rumah baru diorg kt Nilai. Umh diorg xjauh dr tol Nilai & Nilai 3. Tp sng cerita, umh diorg kt Nilai Square..

Keluarga sy smp umh sy pg Sabtu tu dlm pukul 7pg. Brsprn pg n rht2 jp, lbh krg pukul 2.30ptg br ktorg brtolak ke Nilai. Waktu tu husband sy g kilang sbb ada keje ckt..ptg br dia blk. Lbh krg pukul 4ptg ktorg smp umh kmbr sy..

Lps asar, ktorg g shopping kt Nilai. Sy ngn Wani cbuk dok kelebek jubah cotton. Mmg rambang mata dibuatnya. 3 pasang RM100..sape la y xnk kn? 1 psg lg ktorg belikan utk kmbr sy mmndgkn kaklong sy xbrkenan nk beli sama..hehe. Sementara tu mak n tokwan sy cbuk memilih jubah, tokwan sy nk bg kt ank2nya. Time tu ayh sy tgu dlm kereta je, myb pnt drive kot..so nk rht je smntara ktorg cbuk brshopping..

Planning ktorg lps shopping kt Nilai, nk g pasar mlm Bangi lak. Wlpn kmbr sy dh brpindah dr Bangi, tp tmpt tu mmg xdilupakan la. Hsbnd sy smp Nilai lbh krg dlm pukul 8mlm..ktorg singgah mkn sate jp kt foodcourt Nilai tu sblm g Bangi. Kt psr mlm tu ktorg beli mknn jela. Selesai mbeli, sy ngn hsbnd blk Puncak Alam manakala keluarga sy pulak blk umh kmbr sy.

Ptg Ahad, sy brsama hsbnd n makcik Nija, brtolak ke Nilai. Otw nk g amik makcik, ktorg trsgkut dlm jem kt Klang. So lbh krg dlm pukul 3 lbh jgk la br brtolak dr Klang menuju Nilai.. Pukul 4lbh ktorg smp Nilai. Mmg lpr time tu so apelagi, lps rht jp trus ktorg amik  mknn byk2..hehe. Menunya nasi putih, kari daging, aym grg berempah, pecal, ikan kering, sambal belacan, buah tembikai n apam..Y plg sy suka mst la pecal..sbb jrg mkn kt cni kn..tp overall, mknnya mmg sdp!

Lps Asar, sekali lg keluarga sy g shopping kt Nilai. Kmbr sy sy g sbb msh mlyn tetamu y dtg time tu...kwn2 dia la. Ktorg singgah kjp kt Nilai beli karpet. Lps jmp mak ayh, bersalam semua, ktrog brtolak blk. Hsbnd sy kena singgah kilang dlm pukul 8mlm, sambung keje y belum siap hari sebelumnya. Tp pukul 9 jgk la br smp kilang sbnrnya slps hntr makcik. Sy tgu dlm kereta smp la pukul 10mlm br selesai keje hsbnd. Dia ajak g mkn mlm bersama sorg lg kwnnya..Pukul 11mlm br ktorg smp umh...

Ok la, tu je nk cerita..hehe.

Monday 21 October 2013

Kenduri Kawen Wani (Ex-housemate)

Salam. Semalam ktorg g kenduri Wani kt Johor...Wani ex-housemate sy dl tu. Sy bermlm d umh sewa lm sabtu mlm. Sy g ngn Pidah, Jiji, Fiza & Dayah. Pd awalnya ktorg plan nk g ngn kereta persona pidah. Tp dsbbkn enjin kereta xblh nk start, so ktorg g ngn kereta myvi sy..pidah y bwk.hehe. Sy xberani ler drive jauh tmbh lak kalo jln y sy xbiasa. Kebetulan husbnd sy g mmncing ngn kwn dia kt Pulau Ketam, hr Ahd br blk umh.

Prjlnn ktorg mgmbil ms lbh krg 4jam lbh utk smp ke umh kenduri. Xdpt nk berbual lm ngn Wani tp smpt brgmbr ngn dia time mkn beradab. Wani ngn suaminya Helmi sgt segak d ats pelamin. Y buat ktorg kagum tu adlh krn kbykn props utk majlisnya tu dibuat hasil tangannya sendiri! Cthnya utk photo booth, pelamin dlm umh, hiasan ats meja mkn tetamu, cenderahati utk tetamu, hantaran kawen & hiasan d luar umh..mmg cantik. Dia dh start wat persiapan slps bertunang dl, ms sy blm kawen lg. Wani ni sgt kreatif selain comel n manis orgnya. Juga seorg y pandai bergaya tp apa y sy suka sgt ttgnya adlh dia seorg y low profile biarpun berasal dr keluarga y berada.












Lps tu ktorg singgah Air Itam, tmpt d mn org ckp best nk shopping brg2 kawen. Sy da kawen kn so xcited sgt nk tgk brg kawen tp apa y plg menarik perhatian adlh kedai cenderahati y penuh ngn ank2 ptg y cute lg murah! Akhirnya sy beli bekas letak tisu y ada patung Patrick dlm citer spongebob tu, kuma2 2 ekor wrna hijau n pink (kura2) n gubahan bunga y berharga RM25.


Cuti Raya Aidil Adha

Salam..

Arini mcm biasa, nk update ckt citer pasal hari raya haji y lalu..alhamdulillah, bos luluskn cuti sy selama seminggu. Dapat la sy blk Penang & Terengganu. So, hari Sabtu pg, 12 Okt y lalu sy n suami sy bertolak balik ke Penang. Kembar sy pn blk beraya di Penang.

Hari Ahad keesokannya, sy bersama suami, kmbr n adk2 sy g jln2 kt Penang..sblh pulau. Ktorg mlwt rumah P. Ramlee n g Bukit Bendera lagi. Y bestnya sbb xramai org sgt walaupun cuaca mendung sbb hujan renyai. Tp tu la y menariknya, berada di atas bukit dlm suasana sejuk n nyaman diselaputi kabus2 y sgt menyejukkan pandangan! Cewah..bermadah pulak kite..hehehe























Hari Isnin pulak, tengahari tu sy n suami bertolak balik ke Terengganu. Ktorg smp umh lbh krg pukul 8mlm sbb jalan lgsg xjem. Cuma y krg bestnya, spjg perjlnn dr Penang ke Terengganu melalui Grik tu ktorg nmpk byk kereta y mengalami kmlgn. Lbh krg 13 buah kenderaan y terlibat dlm kmlgn mgkin dsbbkn jalan y licin bsh sbb hujan. Ada y terbalik, langgar pembahagi jalan smp terperosok ke dlm semak, langgar sesama kereta n kereta rosak d prtghn jln.

Pg raya tu lps smbhyg raya n ktorg mkn dl kt umah. Mak mertua sy buat nasi ayam. Lps tu br ktorg g beraya umh sedara mara terdekat. Juadah y dihidangkan lbh krg sm je mcm kt Penang, tp y bestnya ada nasi dagang. Walaupun kenyang, tp still nk jamah jugak sbb mmg sdp.



Keesokannya, ktorg g bersantai kt Teluk Bidara. Angin y bertiup kt ctu mmg kencang, abis terbang segala pinggan n cwn plastik y ktorg bwk! Hehehe..tp mmg best la bersantai d tepi pantai y indah n bersih..smbl menikmati bihun grg n keropok lekor..
















Hari Khamis tu, dlm pukul 2ptg br ktorg bertolak blk ke Puncak Alam. Sepatutnya bertolak awal, tp ktorg g tmnkn mak mertua sy g Bank rakyat kejap. Y buat ktorg tgu lm tu sbb tgu kopok lekor siap dimasak. Mmndgkn masih beraya, so byk la kedai keropok lekor y belum buka. Jd kedai y ada tu menerima byk tempahan smp xmenang tgn dibuatnya. Sementara tgu tu ktorg singgah mkn kt gerai tepi pantai. Mkn sotong celup tepung y segar lg besar dgn harga rm8 seekor, sgt mengujakan n puas hati. Kalo dkt cni mgkin lbh mhl harganya...

Hari Jumaat lak, suami sy kerja n tgl la sy sorg2 kt kt umh. Apalagi sy ambil ms y ada tu utk mengemas rumah n basuh baju...