Wednesday 2 April 2014

Pray for MH370..

Agk lmbt sy update cerita ttg kehilangan pesawat MH370 pd 8 Mac yg lalu kn..Sy sendiri xtau nk komen cmne mmndgkn semua yg berlaku ni smmgnya di luar jangkaan kita sm sekali! Sy xberani nk komen apetah lg nk wujudkn sbrg spekulasi berkaitan perkara ni krn pengetahuan n pengalaman yg sy ada sgt kurang. Bimbang disalah anggap atau menimbulkn rs xpuas ht kpd segelintir org. Jd ats sbb2 tertentu tu la, sy xupdate ttg ni sm ada kt blog or fb. Apepun sy still rujuk dr plbagai sumber utk dptkn maklumat terkini ttg bnd ni. Sy simpan maklumatnya di sini spy sy xlupa n sentiasa mendoakan yg terbaik bg semua yg terlibat..

Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:
 
* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.
 
* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.
 
* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370. 

* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.
Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat.
Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.
Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas. Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi. Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe. 

* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang
Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth. Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370. - Bernama




Kawan Baru

Salam n slmt ptg korg..

Terasa mcm lm sgt je xupdate blog ni kn..mcm bz sgt je gayanya..hahaha. Mgkin bz ckt la kot..mmndgkn skrg ni dh start kelas utk sem baru.. So mcm2 la perkara yg berlaku kblkgn ni, byk jgk ler bnd yg sy nk citer tp xbrksmptn..

Alkisahnya kali ni, sy nk citer ttg seseorang yg baru sy kenali melalui fb. Namanya Muniroh bt. Musa. Mcm prnh dgr je nmnya ni kn? Of coz ler..sbbnya dia merupakan isteri kpd kwn lm sy, Zulhaimi. Bg sesiapa yg xtahu menahu ttg ni, blh rujuk di sini.

Nk tau x cmne sy leh knl n seterusnya brkwn ngn dia? Ok, sy nk citer la ni.. Pd 18 Mac yg lalu, ms tu sy msh bercuti (sekembalinya dr kmpg hsbnd), sy bukak ler fb mcm biasa. Tetiba sy terperasan ada seseorg yg dikenal nmnya add sy as her friend. Seriously, mmg trkejut sgt ms tu sbb xsgka la. Sblm2 ni ramai je kwn2 sy yg dh kawen, tp xprnh rasanya isteri kpd kwn2 lelaki yg nk add sbg kwn wlpn hny kt fb. Kalo ada pn stkt brtegur sapa kt ruangan komen di wall fb je. So sy sifatkan bnd ni agk luar biasa la berlaku pd sy..(konon saspen la).

Sy ni mmg sk brkwn dgn sesape pn so sy pn pm la dia kt fb. Pd mulanya sy igtkn dia xsengaja nk add sy, sbb tu la sj2 tegur. Tp alhamdulillah sy dpt respon yg baik drpdnya. Bermula dr tarikh tu smp ke hari ni kmi dh jadi kwn..wlpn hny kt fb? Hopefully, blh jd kwn smp bila2 la.

Sy sifatkan dia sbg seorg yg happy go lucky sbb jelas terserlah sifatnya yg ceria n nmpk riang je dlm setiap ceritanya. Mmg dpt rs la keikhlasan n kejujurannya wlpn xprnh bersua muka. Org kata, kita blh rasa n tahu sm ada seseorg tu jujur or x ngn kita kn..so sy mmg yakin la dgn apa yg sy rs ni. hehe. Dia lbh krg sm mcm sy yg suka brckp, bercerita, berkongsi rs n pndgn. Mgkin sbb tu jgk kot, sy rs selesa bl berborak2 dgn dia wlpn hny melalui whatsapp jer. Terasa mcm dh lm sy mengenali dia n rasa mcm ada chemistry pulak! hahaha.

Rs seronok kn bila kita boleh knl n brkwn ngn ramai org..xkira la sm ada yg btol2 kita knl atau sblknya. Bg sy selagi ianya tak memudaratkan sesiapa, tiada slhnya utk menambah kenalan atau brkongsi pngtahuan n pglmn yg kita ada dgn mereka. Selain dpt mengeratkan persahabatan, dpt juga kita belajar mengenali sifat n sikap org2 di sekeliling kita..moga akan ada perubahan atau juga kemajuan yg dpt dicapai bersama2 dgn mereka. (Erm..lain mcm lak rs ayat2 ni..huhu).