Tuesday, 1 December 2015

Keluhan

Assalamualaikum..

Lamanya rasa tak menulis di sini..bukan sebab sibuk dengan keje je tapi lebih kepada..takde mood.
Hari ni rasa nak menulis sebab dah rasa stress dengan banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Macam biasa, sini la tempat yang paling sesuai untuk mengeluh dan meluahkan rasa. Sekadar untuk menenangkan hati dan perasaan.

Bukan tak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan selama ini..tapi sebagai manusia biasa yang lemah dan tak terlepas dari mengalami segala macam perasaan, kadang2 macam susah je nak fikir dengan tenang dan matang.

Setiap hari mencuba untuk berfikiran positif, merasai perkara yang positif juga membuat benda2 yang positif. Tapi pastinya terselit rasa negatif bila mana diri sudah penat dan buntu menjalani rutin2 yang semakin tidak menggembirakan.

Usah ditanya kenapa, apa dan bagaimana..cukuplah sekadar melepaskan segala tekanan yang ada melalui penulisan yang tak seberapa ini. Moga ketenangan yang dicari di dunia ini ada di mana2 buat masa ini. 


Monday, 22 June 2015

Assalamualaikum..

Kukira ini post yg pertama kutulis bagi tahun 2015..
terlalu lama rasanya kutinggalkan blog ini dari sbrg penulisan..
bukan kerana tiada idea cumanya tiada keinginan utk menulis..
thn 2015 merupakn tahun yg sgt sibuk bg kmi semua pekerja FIM..
lbh fokus kpd hal2 kerja brbndg hal2 peribadi..
hingga ke saat ini msh sj memikirkn ttg kerja, kerja dan kerja lg..
walaupn terlalu byk utk diceritakn tp seakn tiada kesemptn utk menulis..
mungkin jgk terasa seperti tiada perkara menarik utk dikongsi..
atau utk diluahkn..biarpun hakikatnya hati meronta2 utk meluahkn segala yg trpendam
Kngn lalu..telah dilupakn sedikit demi sedikit..
kerana tiada lg jln utk berpatah blk
melainkn trs maju ke hdpn
cuma mnjadi sandaran utk melakukan perubahan demi perubhn
kerana kita tidak sempurna..
tapi perlu sempurnakn kehidupan kita dgn sebaik mungkin
moga Allah memimpin hati ini utk trs kuat dan tabah meneruskn perjuangan hidup yg penuh berliku.