Terasa sukar jalan yang dilalui
Semakin hari semakin berat
Menanggung rasa gundah dan keliru
Yang sarat menyesakkan dada
Nafas dihela xmampu menenangkan
Gelodak jiwa yang memberontak
Entah bagaimana mahu meluahkan
Tatkala tiada tempat untuk mengadu
Permainan takdir yang jelas hadir
Sangat menguji dan menduga
Kekuatan dan keutuhan
Sekeping hati yang nipis dan rapuh
Bukan mengeluh mahupun menyalahkan
Cuma menzahirkan rasa di sanubari
Biar bebas dari belenggu
Rasa bersalah, sedih dan kecewa
Dua hati tak mungkin menyatu
Andai tertulis sedemikian rupa
Hanya mampu disimpan
Segala yang terbuku di hati
Mengapa sukar menerima kenyataan
Bagaimana mahu melenyapkan perasaan
Tidak semudah yang dibayangkan
Menuntut pengorbanan, meruntun pengertian
Tidak mampu untuk memikirkan
Apatah lagi mengharapkan
Hanya berserah pada Yang Maha Esa
Perjalanan hidup yang penuh berliku...
No comments:
Post a Comment