Tuesday 7 October 2014

Hari Raya Aidiladha 2014

Salam & slmt tghari semua..

Alhamdulillah, arini dh masuk kerja semula. Thn ni sy xamik cuti pn utk raya haji mmndgkn sy n suami blk kg sy. 3 hari cuti je pn dh cukup. Kami blk hr Jumaat mlm lbh krg jam 10mlm. Mmndgkn jalan yg jem n hujan, jd kmi smp kg agk lmbt, jam 4pg. Sebelum tu kmi berhenti tidur sekejap kt RTC Perak selama sejam lbh..12.30mlm-2pg.

Seawal jam 10pg hr Sabtu lps, sy n suami bertolak ke Alor Star utk melawat kwn sy Yana yg sakit di hospital Sultanah Bahiyah. D sn sy berjumpa dgn kwn lama semasa belajar di UiTM dl, Eija. Kwn UiTM yg juga rakan sekerja, pidah pn dtg ke hospital brsma adk2 n ank buahnya.

Cuaca mendung beserta hujan yg sekejap renyai sekejap lebat, ttp tdk mghlg sy n suami utk menikmati keenakan pasembur di Padang Kota Lama. Sy br perasan, suami sy rupanya menggemari rasa pasembur kt ctu sbbnya setiap kali blk Penang mst dia ajk g mkn pasembur.


Hari Raya Haji yg jatuh pd hari Ahad lps, tdk la semeriah Hari Raya Aidilfitri. Walau bagaimanapun, kami sekeluarga ttp ceria menyambutnya. Mcm biasa, kalo tiba hari raya je mesti sy akn cbuk tlg mak ayh kt dapur. Ayh sy buat mi rebus, mak sy buat ketupat, nasi himpit kuah kcg n aym msk merah. 

Pg semalam, sebelum bertolak blk ke Puncak Alam, smpt lg sy berurut dgn maklong, saudara ayh yg tgl tak jauh dr umh kmi. First time kot kena urut, fuh..mmg lega rasa..hilang segala angin yg ada dlm bdn..terasa ringan je..hehe..amik kesempatan ckt mmndgkn maklong dtg nk mengurut kaklong utk kali kedua lps dia abis brpantang aritu. hihihi. Ayu pn blk ke cni brsma kmi smlm. Katanya lps 2 mgu nti dia akn bercuti sementara tgu masa utk bersalin d kg. Tak lama lg kami akn dpt ank sedara tp kiranya cucu sulung keluarga suami sy la. Sy doakan semoga urusannya bersalin dipermudahkan n berjalan lancar..amin.


No comments: