Terasa lemah jemari utk menulis tp..segala y brsarang d hati perlu diluahkn spy hati menjadi lbh tenang.. Entah bagaimana harus memulakan, entah dari mana datangnya kekuatan untuk terus tabah mengharungi setiap ujian y melanda diri...
Satu persatu dugaan tdk prnh lupa menjengah ruang hidup y semakin lama semakin dirasakan mencabar. Biarpun tetap teguh berdiri sehingga kini tp hakikatnya kenangan dan pengalaman dari masa lalu benar2 mengusik kalbu. Kepedihan dulu makin dirasakan parah, luka makin mendalam, tdk tahu bagaimana mahu menghentikan.
Akukah y bersalah kerana memulakan segala pencarian semula? Tdk pernah terlintas d fikiran utk mengganggu sesiapa, menyakiti hati sesiapa atau pun mengundang rasa tdk puas hati dari sesiapa. Mgkin prjalanan y tlh ditetapkan Allah ini tersimpan sejuta hikmah y tdk terhingga nilainya. Namun, tiada dpt dipastikan sejauh mana kekuatan utk bertahan dan teguh menepis segala halangan y ada.
Adalah lbh baik jika berhenti sebelum segalanya berubah menjadi teruk. Mengalah tak brmkna kita kalah tp undur diri mgkin merupakan jln terbaik utk menjernihkan semula suasana.
Ya Allah Ya Tuhanku..berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini dlm menempuh liku2 kehidupan y kian mencabar dan sgt2 teruji. Aku akn berusaha sedaya upaya utk mengatasi segala halangan dgn sebaik y mungkin. Semoga Engkau tunjukkan jalan dan mempermudahkan segala urusan. Hanya kpdMu lah tmpt aku mengadu dan meminta pertolongan. Hanya Engkau y mengetahui segalanya y terbaik utk hambaMu ini..Amin ya Rabbal 'Alamin...
No comments:
Post a Comment