Monday 9 October 2017

Ilmu dan pengalaman baru.

Salam dan selamat malam semua. Lama rasanya tak update di sini. Ya, terlalu banyak perkara dan perubahan yang berlaku dalam hidup..alhamdulillah semakin tenang..

Untuk pengetahuan, genap sebulan saya meninggalkan Food Institute of Malaysia sebagai tempat kerja pertama dan yang paling lama iaitu 8 tahun 4 bulan.. Alhamdulillah, saya tidak menyesal dengan segala yang berlaku kerana saya yakin dan pasti, sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita, hambaNya.

Saya meninggalkan FIM sepatutnya pada 8 September 2017 lepas. Tapi saya menyelesaikan semua urusan clearance pada hari Ahad 10 Sept. Berikutnya pada 11 Sept saya masuk kerja di tempat baru iaitu Imperia Asia Resources Sdn. Bhd. (Tawaran kerja yang ke-4) bertempat di Klang sebagai Telemarketing Executive. Sayangnya saya cuma bertahan 2 hari bekerja kerana rasa merasakan pekerjaan ini tidak sesuai dengan jiwa saya.

Di Imperia Asia, saya berkenalan dengan beberapa staf yang jauh lebih muda daripada saya. Salah seorangnya merupakan kakak kepada bekas pelajar saya..hihi. Mereka masing2 telah menghantar notis berhenti juga rupanya. Jadinya sebelum mereka berhenti, saya terlebih dulu meninggalkan tempat itu!

Seterusnya saya mendapat semula tawaran kerja di kedai menjual barangan ibu dan bayi, Mama's Love Baby shop Puncak Alam . Pada awalnya, inilah kerja pertama yang saya dapat hasil usaha saya mencari pekerjaan dengan bersungguh pada penghujung Julai 2017. Tempatnya terletak tak jauh dari rumah, memakan masa hanya 3-4 minit dari rumah menaiki kereta. Saya mula bekerja pada 25 Sept.

Sejujurnya saya suka bekerja di Mama's Love Baby shop cumanya waktu kerja yang melibatkan shift, bekerja hingga malam dan hujung minggu, membuatkan saya sedikit terganggu. Sebabnya pada masa yang sama saya tetap menjalankan perniagaan yang saya telah mulakan sejak tahun lepas tapi tertangguh kerana kesibukan saya sebagai pensyarah dan AJK peperiksaan di FIM. 

Di Mama's Love saya berkesempatan menimba ilmu dan pengalaman baru tentang produk2 penjagaan ibu dan bayi. Sungguh menyeronokkan dan cepat juga saya kena belajar terutamanya dalam menangani dan melayan pelanggan di samping membantu mereka menyelesaikan masalah yang ada berkaitan ibu2 dan bayi2. Rakan2 sekerja yang baik dan cepat mesra pun sangat membantu dalam proses mengenali produk2 yang dijual di situ.

Saya akui saya tidak sabar untuk terus bekerja. Saya bercuti hanya seketika, dapat balik kampung di Pulau Pinang pada 22-24 Sept, bersama mak ayah dan suami jalan2 di Pulau Aman. Saya rasa saya tak habis fikir dan tak fikir betul2 apa yang saya nak buat sebenarnya! Hahahahaha

Sebenarnya saya mendapat tawaran mengajar secara separuh masa di FIM tapi saya menolak di awalnya kerana saya sudah mendapat tawaran kerja yang lain (Mama's Love Baby shop, syarikat percetakan dalam UiTM Puncak Alam, guru tabika di Puncak Alam dan Imperia Asia Resources Sdn. Bhd.). Tapi saya telah menerima semula tawaran tersebut setelah saya merasakan yang saya sesuai bekerja separuh masa je sambil menjalankan perniagaan saya mengikut masa dan cara saya sendiri. InshaAllah saya akan menggantikan sementara kekosongan yang ada sehingga FIM menemukan calon yang sesuai untuk subjek yang saya ajar setelah lebih 8 tahun tu.

Saya bersyukur sangat kepada Allah atas segala nikmat dan ujianNya kepada saya selama ini. Sungguh, tiada penyesalan dalam hati dan diri malah rasa tenang dan gembira dengan keputusan yang saya buat ini (Setelah setahun berfikir untuk membuat perubahan yang besar dalam hidup iaitu BERMULA SEMULA DARI BAWAH @ 0. )

Mudah-mudahan saya berjaya merealisasikan impian saya selepas ini dengan perancangan yang lebih teliti dan teratur. Paling penting saya sangat mengharapkan agar segala yang saya lakukan dalam hidup ini, direstui mak ayah dan terutama sekali, DIBERKATI ALLAH SWT. Amin.